Friday, August 19, 2011

Kekal FIT walaupun tanpa ke GYM ! :)

                  Hye all.. ! Apa khabar ? Puasa tak harini ? Hope ibadah puasa anda berjalan dengan lancar :)
                     Baiklah, di bulan yang mulia ni, agak-agak ada tak yang dah naik sikit berat badan tu ??
                 Mula la risau kan ? sebab raya pon dah tak lamaaaa je lagi. kan ? Mula la sibuk jog sana-sini
                                                                      nak turunkan berat badan tu. 


              Haaa, tula. Mase berbuka makan sampai tak ingat dunia. Kalau pergi bazar Ramadhan tu, kalau
                               boleh semua nak beli. Ish ish ish. Relax ! Esok masih ade. Kan ? kan ? kan ?
              Alhamdulillah, sejak puasa ni berat Aina turun 2-3kg. Heeeeee.. jangan jeles.
             Terus terang, Aina tak pergi jog or bersenam pon. Maybe sebab pergi dan balik sekolah jalan kaki
                                          kot. tu yang lemak-lemak semua dah TERBAKAR ! hehe. 


      Walau apa-apa pon, kat sini Aina nak share sikit tips untuk kekal fit di bulan puasa ni. Yela, nak pergi
       jog rasa malas sungguh ! huh ! Yang penting, tips Aina ni x memerlukan korang untuk buat senaman
                                       yang berat. Hanya duduk di rumah dan praktis ! Yeahh ! 






1. Lakukan aktiviti selama 30 minit berbelanja di pasar raya berhampiran dengan kediaman dan 
berjalan kaki pulang dengan membawa dua beban di kiri dan kanan tangan (50 kalori) =
25 minit latihan menggunakan mesin. 
Komen: sorry.. aktiviti ni kena keluar rumah laaaaa... alaa, tadi kata tak yah kuar rumah. ape la Aina ni..
relax, relax. Nak kurus tak ? Haaaaa, jangan banyak komen ! :P


2. 30 minit berjalan-jalan bersama haiwan peliharaan(150 kalori) = 30 minit latihan stairmaster.
Komen: Lepas ni, rajin-rajin la bawa kucing pergi jalan-jalan kat taman tu. Dapat dia usha kucing lain.
Mana tahu tup tup, anda pon dapat usha mamat2 handsome ! haha !


3. 10 minit naik turun tangga (84 kalori) = 9 minit sit up.
Komen: Nak naik tangga ke tingkat 4 kat sekolah selama 2 minit pon dah semputttttt, ape tah lagi nak naik
turun tangga selama 10 minit.. Ahhhhhhh, semputttttttttt..


4. 1 jam mengasuh anak atau menjaga adik (222 kalori)= 25 minit mengikuti step aerobic.
Komen: CONFIRMMMM ! lepas ni adik-adik korang mesti suka punya korang jaga dia kan ? Yela, bila dia
lari, kakak pon lari. Berlari berkejaran gitu ! Wah ! so sweettt ! 


5. 1 jam berfikir (110 kalori)=20 minit mengikuti senam aerobic.
Komen: Haaa, lepas ni banyak-banyakkan lah berfikir ea. Tapiiiiiiii fikir benda yang berfaedah okey.
Contohnya buat soalan add maths ke (bajet). Confirm sel-sel otak anda akan mula menjerit sambil
berkata ''STOP !!. Aku dah penat nak berfikir lagi !'' Nampak benor menipu. 


6. 30 minit ice-skating(193 kalori) = 15 minit mengikuti spinning class.
Komen: ''Kalau saya tak pandai skating macam mane ek ?'' Haaa, jangan risau. Lakukannya di bilik air
rumah anda. Caranya: letakkan sabun di lantai sampai anda rase licin DANNNNNNNNNN.......
skating laaa.. tapiiii, BAHAYA menanti anda. Alaaa, senang2 pergi je SUNWAY PYRAMID tu.
kan selamat sikit. 


7. 1 jam menata hias rumah (286 kalori ) = 30 minit boxing.
Komen: Tambah-tambah nak dekat raya ni kan, rajin-rajin la kemas rumah. Kalau nak advanced lagi
buat catering kemas rumah. hahaha. CONFIRMMMMM , kurus ! (ade ke catering kemas rumah ? 
tak pernah dengar lagi )


8.  10 minit memasak dan menyiapkan makanaa(80 kalori) = 8 minit berenang yoga.
Komen: Wahhhh, agak-agak kalau nak pikat hati mak mertua tu, rajin-rajin kan diri untuk memasak
ye. Mane tahu kot-kot sebelum nak kahwin tu tak payah la pergi SLIM WORLD kan ? :P


9. 1 jam jalan cepat (254 kalori) = 30 minit melakukan circuit training.
Komen: Jalan, jalan juga. Jangan sampai jatuh tergolek-golek sudah la.. hehe


10. 30 minit berkebun (330 kalori) = 30 minit skipping.
Komen: Waahhhhh, bagus tuuu. Nannti pokok bunga sayang dekat kita sebab kita sudi luangkan
masa selama 30 minit dengan dia. Kannnn ? :P


Transformasi yang baik :)

Sebelum jadi lebih parah macam ni, cepat
mulakan transformasi anda !








Haaa, begitulah al-kisah tips Aina kali ni. Cepat-cepat rebut peluang ni. Raya dah nak dekat ni. 
Tapi, lepas raya pon anda boleh amalkan tips ni. Yela.. lepas raya lagi la besar kemungkinan untuk
berat badan naik seperti dipam-pam. 
So, renung-renungkan dan selamat beramal.. :D

1 comment:

  1. To keep away from confusion, the color green was chosen for the zeros in roulette wheels beginning 우리카지노 in the 1800s

    ReplyDelete